Sebut sahaja Niquitin hampir semua orang tahu - produk untuk berhenti merokok. Dengan strategi pemasaran yang berterusan, syarikat pengeluar berjaya menjadikan produk ini hangat dan laris di pasaran.
Selain daripada lozenge atau jenis hisap macam gula-gula, terdapat juga jenis tampalan atau patch. Bagi mereka yang tak gemar jenis lozenge atas alasan rasanya yang kurang sedap, malas nak menghisap, takut tercekik atau apa-apa sahaja alasan, jenis tampalan menjadi alternatif.
Faktor kejayaan untuk berhenti merokok adalah bergantung juga kepada sikap, keinginan dan kesungguhan pengguna. Kesungguhan dan semangat untuk berhenti merokok mempengaruhi faktor kejayaan.
Macam mana nak guna produk ni? Satu patch dipakai setiap hari selepas dari bangun tidur. Patch yang baru hendaklah ditampal pada bahagian kulit yang bersih, kering dan kurang berbulu. Selepas tampal, patch ditekan dengan lembut menggunakan tapak tangan selama 10 saat supaya betul-betul melekat. Bahagian yang sama tak boleh ditampal lagi selama sekurang-kurangnya 7 hari atau seminggu. Selepas seminggu barulah bahagian yang sama boleh ditampal semula.
Ada orang tanya, boleh tak mandi bila pakai Niquitin patch. Jawapannya boleh jika ia dipakai dengan sempurna (tapi bagi orang Islam yang nak mandi wajib, kena tanggal lah).
Niquitin patch hanya sesuai diguna oleh orang dewasa berumur 18 tahun ke atas.
Bagaimana dengan dos? Niquitin patch didatangkan dengan 3 kekuatan dos atau strength. 21mg, 14mg dan 7mg.
Bagi yang menghisap 10 batang atau lebih rokok sehari hendaklah menggunakan dos 21mg.
Bagi yang menghisap kurang 10 batang rokok sehari boleh menggunakan dos 14mg.
Selama mana nak guna? Biasanya dos permulaan digunakan untuk 6 minggu. Kemudian dos dikurangkan untuk selama 2 minggu.
No comments:
Post a Comment